MAKANAN SEIMBANG




Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi zat, vitamin, dan mineral yang diperlukan oleh badan. 
Amalan pemakanan yang sihat pencetus ke arah kesihatan diri.  Mulakan dengan makanan seimbang bagi memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik dan normal.  Makanan seimbang pasti memberikan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian dan dapat menjauhkan penyakit.
Kita juga mesti minum air sekurang-kurangya lapan gelas sehari.

PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan merupakan panduan bagi mengambil dan memilih makanan yang sesuai.  Makanan yang dimakan seharian perlu diambil dalam kuantiti yang besar daripada kumpulan makanan di bahagian bawah piramid, dan pengambilan yang sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian atas piramid.  

Piramid makanan dibahagikan kepada empat aras berasaskan kandungan zat dan fungsinya.

Aras 1 : Bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian 

Nilai khasiat :
  • Sumber karbohidrat kompleks yang baik
  • Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein
  • Rendah lemak
Cadangan pemakanan : 
  •  8 - 12 sajian
Contoh satu sajian :
  • 1/2 cawan nasi (putih atau perang)
  • 1/2cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1/2 keping capati
  • 1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi
Aras 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran

Nilai khasiat :
  •  Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik
Cadangan pemakanan : 
  •  3 - 5 sajian
Contoh satu sajian : 

Sayur-sayuran:

  • 1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • 1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak)

Buah-buahan:

  • 1/2 cawan jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Aras 3 : Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim), Ikan, ayam, daging dan kekacang

Nilai khasiat :
  • Sumber kalsium yang baik
  • Sumber protein yang penting
  • Sumber protein yang baik
  • Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
  • Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat
Cadangan pemakanan : 
  • 1 - 2 sajian (susu dan hasil tenusu) 
  • 2 - 3 sajian (ikan, ayam, daging dan kekacang)

Contoh satu sajian : 
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembong saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan kacang kering/kekacang
     
Aras 4 : Lemak, minyak, garam dan gula

Nilai khasiat :
  • Lemak dan minyak mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K
  • Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang 
    sedikit atau tiada zat
Cadangan pemakanan :
  • Pastikan mengambil jumlah yang sedikit daripada kumpulan makanan ini. 

KEPENTINGAN MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG



Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan normal dan memberikan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian.  Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan menjauhkan daripada penyakit.  Makanan seimbang seharusnya memberi :

1. Tenaga makanan yang mencukupi
2. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum
3. Kandungan fiber yang mencukupi
4. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak

Pengambilan makanan seimbang dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser, serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, osteoporosis, spina bifida serta lebihan kolesterol.



1 comment:

  1. Terima kasih atas maklumat tentang makanan seimbang.

    ReplyDelete